January 16, 2017

2017/3 - Biomedical Science/Sains Bioperubatan, UPM

Salam & hai!
hoping everyone in the best of health and imaan in sha Allah!


so yesterday, adik Khaidir ada request a briefing for my course yang i tengah ambil sekarang ni, which is BIOMEDICAL SCIENCE. Before ni, i haven't share anything about my course sebab i tak ready nak share becoz i rasa still junior lagi nak cakap pasal my course. But this year, is my third year joining this course and in sha Allah this upcoming Februari ni, i'll start my 6th semester. And in sha Allah lagi, i'll finish my study on 2018 phewwww. so, i rasa, boleh la share sikit pasal my course ni.

What is Biomedical Science

So, apa Biomedical Science ni sebenarnya? Biomedical Science/Sains Bioperubatan, obviously, related to Medical jugak. This program focuses on various medical and clinical sciences punya field termasuklah anatomy & physiology of human, molecular biology, biochemistry, genetics, microbiology, parasitology, immunology, pathology, hematology, pharmacology and many moreeeee yang berkaitan with human. Kos ni actually nak provide student/bakal graduan with sufficient knowledge in the field of health science++importance of laboratory procedures.

So senang cerita, Biomedic ni dia more kepada kerja kerja research (like a scientist). Biomedik pun boleh buat banyak lagi skop kerja as stated below ;


Oh yaaa, biomedic ni, semua subjek belajar in English (exclude subjek Bahasa Melayu Tinggi obviously hehe), lecture notes, text books semua in english. And kalau nak try usha usha dulu subjek yang akan dibelajar untuk kos ni, bolehla pergi siniiiiiiii

Hopefully dapatla idea sikit tentang apa tu Biomedik/Sains Bioperubatan ni.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Why i choose Biomedical Science

To be honest, biomedic is my second choice hehehehe. My first choice is Medic. Tapi, Allah is the best planner kan. i got Biomedic instead phewww but still Alhamdulillah masih lagi deal with medical field. 

Lepas 3 tahun jadi pelajar biomedik ni, serious cakap, MEMANG SERONOK. i enjoy every semester kat sini. Memangla tough. Belajar, apa je yang tak tough kan plus Biomedik ni memang semuanya subjek faham & hafal. So, nak masuk biomedik ni kena ready mental & fizikal hahahaha. Macam previous semesters, kitorang ada belajar pasal anatomy & physiology of human, belajar pasal darah, pasal bacteria/virus, belajar pasal immune system badan kita, belajar pasal parasit, pasal penyakit and banyak lagi nak cerita memang tak habis la hahaha. Tapi memang seronok belajar. serious tak tipu! Selain class, ada jugak lab for each subject tau!

And Biomedik ni special sikit. Every year ada practical biasanya start after raya, Masa i first year (semester 2), kitorang practical dekat Fakulti kitorang dekat UPM ni. So basically ada 6 labs kot tak ingat hehe short term memory lost. So every 3 days, kitorang akan rotate lab. Masa practical ni lah kita akan banyak buat hands on. Hands on maksudnya kita akan join buat experiment sekali and masa ni lah i belajar ambik darah, inject tikus, handle machines etc etc!! Then, masa i second year (semester 4), ok masa ni kitorang boleh pilih nak buat praktikal dekat any Research Institute and i pilih Agensi Nuklear Malaysia dekat Bangi! Basically dekat sini, kitorang di partnerkan berdua and diberi supervisor. Supervisor akan bagi projek and lead kita. Then, by the end, kita akan present projek kita. So, for this year, my 3rd year, (semester 6 nanti) kitorang akan apply praktikal dekat hospital pulak in sha Alah tak sabar rasanya hehe. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Belajar Apa Biomedical Science Ni

Ok. basically, apa yang akan kita belajar semuanya ada kaitan dengan diri kita. Human. Rasa macam belajar untuk jadi doktor pun ada hahaha. Belajar banyak pasal penyakit, symptom, treatment, drugs (pathology). Ada juga belajar pasal darah, penyakit yang melibatkan darah. Then, pasal parasit, pasal virus & bacteria. Belajar macam mana immune system badan kita react untuk protect kita dari penyakit. Belajar pasal culturing cell. Pasal genetic (genes). Buat test dekat tikus and banyakkkk lagi yang best best. Serious tau. Biomedic ni serious seronok. taktipu!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minimum Requirement for Biomedical Science

i serious tak tahu universiti lain berapa requirement dia, tapi for UPM, your pointer akhir mesti 3.5 and above untuk student Asasi. Untuk student from matriks/diploma/STPM, kalau ikut my batch, most of them pointer 3.8 and above kalau nak selamat sebab yelah, student sekarang kan semuanya wowww wowww belaka kan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Biomedical Science ke Medical Programme

i pernah la memasang cita-cita nak sambung Medical Programme lepas habis degree Biomedik ni. What can i say berdasarkan apa yang i faham, boleh nak ambik medic, but kena start ambil degree balik which means, after 4 years ambik biomedik, graduate and lepastu ambik lagi 5 years medic pulak (second degree). Tapi kalau nak tukar kursus dari Biomedik ke Medik, di UPM ni tidak dibenarkan. i'm not sure universiti lain macam mana.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Scholarship?

Untuk scholarship, wallahu'alam. But for my batch, alhamdulillah ramai dapat scholarship (JPA and other scholarships).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok la, in sha Allah ni dulu kot basic things yang adik adik kena tau pasal Biomedic ni. Nak tahu lebih lanjut, bolehla tanya dekat comment box below or chatbox. i'll try to answer apa yang mampu and get to you guys back as soon as possible 😁 Pilih yang terbaik becoz it's for your own future!

Have faith on Him & good luck with life!
#iloveBiomedic 

Barakallah,
Lots of Love,
S❤

22 comments:

  1. peluang pekerjaan sangat tinggi ke untuk Biomedic ni??? apapun terima kasih kak untuk penerangan yang sangat jelas...in sya Allah saya akan pertimbangkan untuk masuk dalam course ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah ada je peluang kerja. welcome and good luck!😁

      Delete
    2. Akak ramai yang cakap peluang kerja untuk bio medik ni tk bnyak kalau nak dibandingkan dgn biokimia and other. That is true?

      Delete
    3. biomedic ni dia general compare to biokimia etc tu dia more specific. ada pros and cons dia jugak awak and i believe peluang kerja tu semua rezeki kan :)

      Delete
  2. Ada interview ke nak masuk course biomed ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ura2 bakal ada, tapi my batch belum ada iv lagi :)

      Delete
  3. kalau dari asasi uitm boleh tak minta kos ni...kalau pointer 3.67 boleh tak lepas utk kos ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, saya ada kawan dari asasi Uitm jugak :) min requirement is 3.3 :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Dr diploma sains pon boleh ke utk bidang ni?

    ReplyDelete
  6. Biomed ni lebih kurang sama dengan course medical lab technologist(MLT) ke? after grad, nak kerja dekat lab klinik/hospital kerajaan kena apply melalui SPA ke macam mana. Mohon pencerahan. Thank you so much sis ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Biomed ni tak sama dengan MLT. Kalau kerja dekat lab klinik/hospital mostly MLT yg run test on specimen. Biomedik ni biasanya jadi pegawai sains. Saya tak pasti pasal SPA. Sori :)

      Delete
  7. Assalamuaikum :) Mohon pencerahan tentang perbezaan antara MLT and biomed dari segi pekerjaannya, and based on what u just replied for the previous comment, i didnt quite understand the term pegawai sains :) thank you in advance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLT kalau dekat hospital biasanya yg in charge specimen, akan run test on specimen patient. Kalau pegawai sains biasanya dia tak run test. dia validate result etc etc.

      Delete
  8. assalamualaikum. nak tanya kalau dari diploma kejuruteraan pertanian agak2 diterima masuk tak dalam biomedic ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, maaf saya tak pasti. mungkin boleh semak pada syarat kemasukan dekat universiti yg dipohon :)

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam! Eh hai saya asper9!!! Kalau pointer asasi awak 3.5 and above, try apply. in shaA Allah:)

      Delete
  10. Untuk sekali masuk bagi satu batch setiap tahun berapa ramai ye? and majoriti bilangan lelaki atau perempuan?

    ReplyDelete
  11. akak pelajar2 bioperubatan upm ni ditempatkan di kolej 17 ye?

    ReplyDelete

Here awak!